PENGENALAN HOKI

 

SEJARAH HOKI

    Menurut catatan yang telah diperolehi, permainan hoki ini pada mulanya diamainlkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang khusus sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England. Permainan hoki ini sering diberi dengan pelbagai nama. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy.  Manakala di Perancis  nama permainan ini di panggil sebagai hoquet.  Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya kepada hockey.

    Pasukan hoki yang pertama di dunia ditubuhkan dalam tahun 1840. pasukan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemain di London dan seterusnya diikuti oleh beberapa pasukan yang lain. kelab tertua adalah di dunia adalah Kelab Hoki Blackheath, di sebelah Selatan London dan pasukan hoki hanya ditubuhkan dalam tahun 1861. Ini kerana pemain hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Kelab inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih tersusun lagi walaupun ianya tidak sebegitu kemas seperti sekarang, tetapi ia menjadi garis panduan bagi undang-undang dan peraturan masa kini dan berubah dari masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah dari segi permainan, mewujudkan khidmat pengadil, had kawasan permainan untuk memudahkan kawalan bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang melakukan kesalahan

    Pada tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undang-undang ini diterima dan diluluskan untuk perlawanan. Pada tahun 1886, Permainan hoki telah diterima sebagai satu sukan yang dipertandingkan dan menjadi satu permainan yang bertaraf antarabangsa. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta Eropah yang lain.

 

SEJARAH HOKI MALAYSIA

    Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas lebih dua dekad, penduduk tempatan mula berjinak-jinak dan meminati permainan ini.

    Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

    Liga Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.

    Pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetap MHF.

    Allahyarham Tun Abdul Razak, Ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri telah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan sebuah piala yang menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala Razak sempena nama beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala Razak dimulakan.

    Malaysia adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang menggunakan rumput tiruan tersebut.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

 i. Bilangan pemain sebanyak 11 orang setiap pasukan.

 ii. Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35 – 5 – 35.

 iii. Memulakan permainan:

                 di awal permainan dan separuh masa kedua

                  permainan dihentikan atas kesalahan yang dilakukan oleh satu pihak

                  kesalahan serentak oleh kedua-dua pihak

                 selepas gol dijaringkan

iv. Pemain tidak dibenarkan:

                 menggunakan bahagian belakang kayu

                  menggunakan kayu untuk menakutkan pemain lawan

                  mengangkat kayu melepasi kepala lawan

                  bermain dengan cara yang bahaya

                    ·  menaikkan bola yang dapat membahayakan pemain lawan

 v. Penjaga Gol (dalam kawasan “D”) boleh :

                 menendang bola

                  menahan bola dengan mana-mana bahagian badan

                 menghentikan bola dengan kayu melepasi bahu

 vi. Menghadang

                 menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk menghalang

                  pihak lawan dari merampas bola tanpa memainkan bola

                 berlari di antara rakan pembawa bola dengan pihak lawan (vii. Penalti

                pukulan percuma

                 kesalahan yang tidak disengajakan di luar kawasan“D”

                 kesalahan yang dilakukan antara kedua-dua garisan 23 m.

 viii. Pukulan sudut penalti

                 kesalahan yang tidak disengajakan dalam kawasan“D”

                 kesalahan yang disengajakan di antara garisan“D”dan garisan 23 m

 ix. Strok Penalti

                 kesalahan yang disengajakan dalam kawasan“D”

                 kesalahan yang tidak disengajakan tapi boleh menghasilkan gol jika tidak

                 berlaku kesalahan.

 

 x. Amaran

                 hijau (penggantungan sementara 2 minit masa diambil kira apabila pemain

                 duduk di kerusi yang disediakan khas di tempat teknikal )

                 kuning (penggantungan sementara-minima 5 minit )

                 merah (Penggantungan tetap)

 

UKURAN PADANG PERMAINAN HOKI PADANG

    Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.

    Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. 


Gambar 1: PADANG HOKI

 

BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)

        Satu garisan dengan panjang 4 ela meter selari dengan garisan gol di tengah garisan. Dua suku bulatan dengan radius 16 ela dilukis bermula dari garisan 34 ela ke garisan belakang. Dikenali sebagai kawasan D.Strok penalti berada 7 ela di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5 ela dan 10 ela dari tiang gol kiri atau kanan.


 

Gambar 2: BULATAN  JARINGAN (STRIKING CIRCLE)

PINTU GOL

     Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki.  Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai.  Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing.  Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut: 

        Terletak di tengah-tengah garisan belakang. Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.


Gambar 3: PINTU GOL 1

        Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih.Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.


        Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.

 

Gambar 4: PINTU GOL 2


TIANG-TIANG BENDERA

        Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut.  Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter.  Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.


PERALATAN DAN PEMAKAIAN 

A) PERALATAN

1.Kayu hoki

        Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-

 · Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan.

· Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan.

· Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki.

 · Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.

        Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

 

2.Bola

Ciri-ciri bola adalah seperti berikut:

        Bola hoki adalah berbentuk sfera dan keras, pejal atau kosong. Permukaannya licin tetapi pelipat(seam) atau lekuk-lekuk kecl (indentations) adalah dibenarkan. Kebanyakannya adalah berwarna putih tetapi jika mahu menggunakan warna lain perlulah dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.Berat bola adalah antara 156 g (minimum) – 163 g (maksimum). Ukur lilit pula adalah antara 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum).


3.Alatan penjaga gol

        Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfunsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah perlindung dada, perlindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped, perlindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai dibawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut juga bertujuan untuk melindung mulut dan gusi daripada tercedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggan sentetik, Ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.


B) PEMAKAIAN


1) KASUT

        Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apa pun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang ( spike ) tetungku atau paku-paku tidak dibemarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain diatas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain. 
 



2) PAKAIAN
  
        Semua pemain diwajibkan memakai ' shinguard ' sepanjang perlawanan. Semua pemain diwajibkan memasukkan jersi ke dalam skirt ( wanita ) / seluar ( lelaki ) sepanjang perlawanan. Jika pemain memakai tambahan ia hendaklah dari warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set jersi yang berlainan warna dan setiap jersi hendklah bernombor dari nombor 1 hingga 16. Jersi penjaga gol hendaklah bernombor di belakang dan di hadapan. Sekiranya terdapat kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama, maka satu daripada pasuka hendaklah menukar jersinya dengan cara pengundian. Pengurus-pengurus pasukan diminta menentukan jersi lawannya terlebih awal bagi mengelakkan jersi yang sama warna.

gambar 5 : Contoh shinguard

                              
 Gambar 6 : Contoh pemain memakai jersi

 

 PERATURAN ASAS

       Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri.  Demikianlah juga sukan hoki.  Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah:

i)     Komposisi pasukan

-       Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.

-       Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.

-       Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa.

-       Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.

-      Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.

 

ii)    Mengganti pemain

-       Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan.

-     Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil.

-    Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar.

-       Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang.

-    Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain.  Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol.

-    Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.

 

iii)   Ketua pasukan

-   Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka.

-    Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten.

-    Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.

 

iv)   Pakaian dan peralatan pemain

-   Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan.

-     Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan.

-   Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke

 

v)    Perlawanan dan keputusannya

-     Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa.

-  Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit.  Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

-     Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang.

-    Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.

 

vi)   Permulaan permainan

-    Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang.

-    Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar.

-    Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.

-    Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal  separuh masa atau selepas gol dijaringkan.

-    Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah

   Ciri-ciri hantaran tengah:

-    Dilakukan di tengah padang

-  Bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut.

-    Apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli.

-    Selepas penalti strok yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.

vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan

-       Bermain bola dengan back stick

-       Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.

-       Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu hoki.

-       Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan.

-       Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk menjaringkan gol.

-       Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu.

-    Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi.       Namun pemain berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang.

-       Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol.

-     Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti.

-       Membuang masa dengan sengaja.

-       Menghalang pemain.

-       Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan.

-       Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.

-       Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil.

-       Penjaga gol baring di atas bola.

-       Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.

-    Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana bahagian badan.

Comments

  1. kenapa dalam bentuk blog?teliti semula arahan yang telah diberikan

    ReplyDelete

Post a Comment